TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER
SHAH
ALAM— Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)
mencadangkan penyokong Pakatan Rakyat (PR) melakukan penipuan dalam
Pilihan Raya 2013 dengan mengundi dua kali dan menggesa agar Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) melakukan siasatan.
Menurut Perkasa, mereka curiga dengan kemenangan besar parti PR DAP, PKR dan PAS di beberapa kerusi Parlimen.
"SPR perlu siasat penyokong PR yang mendakwa dapat dua kali kertas undi," kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.
"Ini dakwaan serius. Jika benar, bermakna ramailah penyokong PR mengundi dua kali dan sebab itulah PR menambah kerusi Parlimen dari PRU 2008," tambah beliau lagi.
Menurut Syed Hassan lagi, gesaan Perkasa berdasarkan kepada kenyataan penyokong PR sendiri.
"Gesaan Perkasa ini adalah merujuk kepada kenyataan penyokong PR yang mendakwa dia berjaya masuk ke Pusat mengundi dan mendapat kerja undi kedua setelah berjaya menghilangkan dakwat dijarinya setelah selesai mengundi ditempat yang sama.
"Terutamanya di Parlimen Batu Pahat, Bukit Katil, Pasir Mas, Shah Alam, Sepang, Pokok Sena dan lebih 70 kerusi parlimen lain yg dimenangi calon Pakatan Rakyat," katanya.
Dalam Pilihan Raya 2013, dua calon Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas dan Shah Alam.
Walau bagaimanapun, kedua-duanya kalah di kawasan masing-masing.
PR menyalahkan penipuan pilihan raya menyebabkan mereka tidak menjadi kerajaan walaupun menang undi popular dalam Pilihan Raya 2013. Mereka menang 89 kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional (BN) yang mendapat 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perhimpunan sama
semalam turut menegaskan beliau menolak idea untuk bekerjasama dengan
SPR dan menyokong desakan untuk pesuruhjaya SPR meletakkan jawatan serta
merta.
"Kita tidak akan bekerjasama atau bekerja atau melibatkan diri dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang menipu," kata ketua umum PKR dan menambah "kata dua" akan dikeluarkan jika mereka tidak meletak jawatan.
Dalam perhimpunan semalam, rakyat membanjiri perhimpunan itu bermula 5.00 petang dan sampai ke kemuncaknya pada 9.00 malam dengan jalan sesak dilaporkan berhampiran Lebuhraya Persekutuan. NGO menganjurkan perhimpunan itu sebagai kesinambungan kempen PR yang bermula dua minggu lalu.
Disebalik amaran polis, mengatakan perhimpunan digelar "Himpunan SuaraRakyat505" adalah perhimpunan haram, rakyat membanjiri dengan pakaian hitam sebagai simbolik penentangan mereka dan pulang secara aman.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan