Khamis, 2 Mei 2013

Penjawat awam Putrajaya antara 5,000 berpanas sambut Anwar


Oleh Aisha Geoffrey

PUTRAJAYA : Lebih 5,000 warga Putrajaya termasuk penjawat awam hadir ke program sambutan Hari Pekerja anjuran Pakatan Rakyat semalam.

putrajaya-5000

Program berlangsung pada jam 2 petang dan dihadiri Pengerusi Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta calon Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa.

Penyokong mulai memenuhi tapak program di Presint 3 seawal jam 1.30 petang, dan menghabiskan masa dengan membeli baju-T, payung serta mafla sebagai tanda sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Anwar tiba kira-kira jam 2.15 petang, disambut tepukan serta sorakan ‘Reformasi’ yang bergema di segenap wilayah tersebut.

Sebaik Anwar berucap, penyokong terus mengambil tempat duduk di atas tar jalan raya tanpa kerusi dan hanya menggunakan payung sebagai pelindung dari terik matahari.

Anwar turut mengisytiharkan Deklarasi Putrajaya 2013 yang mencakupi 13 perkara khusus untuk penjawat awam.

Seorang penjawat awam, Khadijah Zainal, 30, ketika ditemui Keadilan Daily berharap agar Pakatan berjaya memenangi pilihan raya kali ini supaya kos hidup dapat diturunkan.

“Harapan kita supaya Pakatan menang. Dengan manifesto yang ditawarkan, kita harap kos hidup yang tinggi dapat diturunkan,” katanya yang juga pengundi bagi Parlimen itu.

Tiada ulasan: