Ahad, 12 Mei 2013

Pengundi Cina silap percaturan sokong Pakatan Rakyat, kata Nazri

THE MALAYSIAN INSIDER

 Pengundi Cina telah tertipu oleh pakatan rakyat, kata Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz. - Gambar failPADANG RENGAS— Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata pengundi Cina silap percaturan apabila menyokong pakatan rakyat pada pilihan raya umum ke-13 kerana menganggap hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera akan dihapuskan jika pakatan rakyat menubuhkan kerajaan.

“Bagi kaum Cina mereka tertipu ... mereka hanya kejar pelangi sahaja kerana perkara ini tidak akan berlaku, siapa juga jadi kerajaan, hak keistimewaan bumiputera dan Melayu serta Islam sebagai agama rasmi tidak akan dipinda sesiapa termasuk kerajaan pakatan.

“Mereka (kaum Cina) mempunyai tafsiran bahawa 1Malaysia ini ialah sama rata, bila pakatan pembangkang menang mereka fikir hak Melayu boleh dihapuskan,” katanya kepada pemberita selepas majlis kesyukuran kemenangan Barisan Nasional (BN) Parlimen Padang Rengas di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, Lubuk Merbau di sini hari ini.

Beliau tidak percaya anggota parlimen dan anggota dewan undangan negeri (Adun) yang berbangsa Melayu serta beragama Islam daripada PAS dan PKR boleh bertindak sedemikian.

“Kalau berani saya nak cadangkan, sekarang di negeri Selangor mereka ada dua pertiga (kerusi dewan undangan negeri) dan mereka boleh pinda perlembagaan negeri dan dalam perlembagaan itu menyatakan bahawa menteri besar mesti Melayu.

“Saya nak tanya 15 Adun PAS dan PKR yang Melayu adakah mereka berani nak pinda pelembagaan negeri Selangor dan segala peruntukan yang ada kepentingan pada bumiputera, dia sanggup tak nak pinda?” katanya.

Mengenai pengundi Cina menolak Barisan Nasional (BN) beliau berkata mereka menganggap kerajaan tidak ikhlas dalam melaksanakan konsep 1Malaysia kerana masih mengekalkan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera.

“1Malaysia maknanya sama rata, tetapi kita (kerajaan) masih ada lagi hak bumiputera dan perdana menteri telah menjelaskan bahawa 1Malaysia berpaksikan kepada pelembagaan,” katanya. — Bernama

3 ulasan:

mansor berkata...

nak kata bebal Nazri ni kononnya lawyer....yang silap ialah Melayu yang sokong UMNO BN...55 tahun UMNo memerentah hanya berjaya memartabatkan Melayu ke taraf PEMINTA SEDEKAH elit..

IbnAbdHalim berkata...

Orang Padang Rengas buat silap besar pilih Nazri Aziz jadi tok wakil. Sepatutnya pilihlah orang yang lebih cerdik. Dia ni loyar burok.

vou berkata...

itu hak rakyat bukan hak gomen percaturan mereka memang betul tak salah.BN yang menipu dalam PRU13 jadi kamu tak layak bagi komen