Jumaat, 17 Mei 2013

Penganalisis: Lantikan Paul Low demi agenda antirasuah

 


 
Pelantikan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Paul Low sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri dilihat sebagai respon kepada kehendak rakyat Malaysia yang menentang amalan rasuah.

NONE"Saya jangkakan beliau akan bertanggungjawab mengawasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah bagi membendung rasuah dan amalan kronisme.

"Kedua-dua isu ini bermain-main dalam kepala pengundi pada masa pilihan raya dan ia menjadi cerminan kepada aspirasi rakyat melawan rasuah," kata Pengarah Institut Kepimpinan dan Strategi Asia Ramon Navaratnam (atas).

Dihubungi ketika pengumuman kabinet semalam, Ramon yang mengepalai TI-M ketika Low menjadi naib presiden berkata, pelantikan itu bagaimanapun sedikit menyulitkan pentadbiran baru.

"Orang mahu lihat keputusannya. Masih banyak jerung berenang dengan gembira. Kita harap dapat lihat tindakan diambil terhadap mereka.

"Jika tidak (lantikan) itu akan menjadi tidak produktif dan lebih banyak retorik," katanya ketika dihubungi.

Tiada ulasan: