Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dakwaan mengatakan penolakan itu membuktikan pengundi Cina menolak Melayu hanyalah fitnah semata-mata.
"Pengundi Cina sanggup memberi undi kepada calon Melayu tanpa sentimen perkauman sempit sebagaimana yang didakwa oleh Umno.
"... tindakan itu langsung tidak berpijak kepada fakta keputusan sebenar, bahkan lebih kepada membakar perasaan rakyat bagi menimbulkan kebencian antara kaum,” kata dalam satu kenyataan, hari ini.
Keputusan PRU13 menunjukkan BN terus menerajui negara sekali gus dapat membentuk semula kerajaan persekutuan selepas berjaya memperoleh 133 kerusi Parlimen.
Selain itu, PR juga menunjuk penambahan kerusi Palimen iaitu sebanyak 89 kerusi.
Beliau menambah, berpuluh-puluh kerusi Parlimen dan Dun yang ditandingi oleh calon Melayu menentang calon dari kaum Tionghoa dalam kawasan campuran dan dimenangi oleh calon Melayu dan itu membuktikan pengundi Cina sanggup menolak calon dari kaum mereka sendiri.
Tambah beliau, penolakan MCA terhadap sebatang jawatan dalam kerajaan jelas menyumbang kepada jurang kebencian yang sengaja ditimbulkan oleh BN.
Katanya, tindakan MCA menyebabkan barisan Kabinet dan kepimpinan di semua peringkat kelihatan seolah-olah dikuasai golongan Melayu sahaja.
Dakwanya sentimen perkauman itu sedang bertiup kuat oleh media perdana bagi menutup pandangan rakyat terhadap penyelewengan PRU13 serta kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapat mandat yang lebih besar.
"Apakah isu perkauman ini akan menjadi penyelamat kedudukan Najib dalam Umno setelah Tun Dr Mahathir menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap prestasi terburuk BN di PRU13?
"Ia juga sebahagian usaha menutup isu pendatang asing yang turut mengundi, dan tidak mustahil tindakan perkauman ini akan disusuli dengan pelbagai tindakan bagi mengalih kemarahan rakyat terhadap kecacatan sistem pilihan raya negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan