Sabtu, 4 Mei 2013

Nurul persoal RNC dalam urus niaga RM475j

 


 
Di saat-saat terakhir kempen, calon PKR Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini membangkitkan soal peranan lawannya di Parlimen itu Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin dalam pembelian 12 ekar tanah bernilai tinggi di Bukit Kiara.

Nurul Izzah mendakwa, tanah itu dipindahkan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada Yayasan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Raja Nong Chik akhir tahun lepas.

Kemudian, dakwanya lagi, ia diberikan kepada syarikat persendirian, yang kemudiannya menjualnya kepada syarikat pembangunan hartanah terkenal dengan nilai RM475 juta.

"Jualan itu akan dimuktamadkan selepas pilihan raya," dakwanya kepada pemberita di Bukit Kiara, hari ini.

Malaysiakini tidak menamakan syarikat swasta itu sementara menunggu komen daripadanya dan Raja Nong Chik sendiri.

Nurul Izzah mendesak menteri pembangunan wilayah dan kesejahteraan bandar itu menjelaskan perancang di sebalik pemindahan hak milik itu dan sama ada Raja Nong Chik terlibat.

"Adakah menteri memberikan arahan itu?" tanya beliau.

Tiada ulasan: