“Rejim perdagangan baru ini adalah tsunami yang akan melanda Malaysia, lebih besar dari tsunami politik yang baru berlangsung,” kata ketua pegawai eksekutif MTEM Mohd Nizam Mahshar.
Mohd Nizam dalam sidang media di Kuala Lumpur berkata perjanjian perdagangan bebas itu akan memberi impak lebih besar ke atas perniagaan tempatan dan kos sara hidup di Malaysia.
"Sebagai contoh, kita menjangkakan kos perubatan akan meningkat dari RM200 ke RM1,200 kerana ubat-ubatan generik tidak boleh digunakan lagi memandangkan hak harta intelektual untuk syarikat farmaseutikal akan dilanjutkan bawah perjanjian ini,” katanya.
Selain itu, industri beras tempatan juga akan terjejas dengan kemasukan bijirin bersubsidi dari Amerika Syarikat manakala perkhidmatan profesional tempatan seperti peguam dan arkitek akan menghadapi persaingan antarabangsa, katanya.
Malaysia juga akan terdedah dengan tindakan saman daripada syarikat multinasional dan layanan terpilih ke atas syarikat tempatan juga dilarang.
Malah, produk Kedai Rakyat 1Malaysia juga boleh dianggap haram kerana boleh dianggap menghalang perdagangan dengan memberi kadar subsidi ke atas produk – yang boleh dianggap sebagai layanan terpilih dan melanggar TPPA, katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan