Ahad, 26 Mei 2013

MP Lumut: 47 peratus pengundi BN sokong AES

KEADILAN DAILY

KONGRES_LOGO

PETALING JAYA : Laksamana (B) Haji Imran Abdul Hamid menyifatkan 47 peratus pengundi  yang memilih Barisan Nasional dalam pilihan raya lalu bertanggungjawab terhadap kezaliman yang dilakukan rejim itu.

Katanya, kezaliman dilakukan Umno-BN termasuk menaikkan harga barang dan memperkenalkan saman AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik) yang menyusahkan rakyat
 
Kata Imran,  kezaliman Umno seolah dipersetujui oleh 47% rakyat yang memilih mereka.
 
“Tuhan bagi saya satu lagi amanah dengan jadikan saya ahli parlimen menewaskan menteri AES.
 
“Siapa yang sokong Umno itu maksudnya mereka mahu AES,” kata Imran disambut sorakan dewan.
 
Laksamana (B) Haji Imran Abdul Hamid  memenangi kerusi Parlimen Lumut menewaskan Datuk Seri Kong Cho Ha yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan sistem AES.

Tiada ulasan: