SINAR HARIAN
PETALING JAYA - Polis mengesahkan letupan kecil berdekatan peti stesen
TNB, berhampiran Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini hanya
melibatkan bahan letupan berkualiti rendah.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata letupan
pada 9.35 malam tidak berbahaya tetapi lebih kepada untuk menimbulkan
kegusaran kepada orang ramai.
"Setelah dimaklumkan, unit forensik dari IPD Petaling Jaya dihantar ke
lokasi kejadian dan pemeriksaan menemui sebuah telefon bimbit, sebiji
bateri kecil dan satu mercun berhampiran peti stesen TNB.
"Walaupun ada saksi mendengar bunyi letupan tetapi kita dapati ia bukan
letupan dari sebuah bom," katanya ketika dihubungi dan menambah kes
disiasat mengikut Akta Bahan Letupan. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan