PETALING JAYA: Kongres Nasional PKR ke-9 yang diadakan pada hujung minggu ini akan membincangkan usul yang berkisar tentang penyelewengan dan penipuan yang didakwa berlaku di dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, PKR akan menentukan samada untuk mengangguhkan pemilihan jawatan di dalam parti selepas kongres tersebut berakhir.
Selain itu, hala tuju PKR turut akan dibahaskan di kongres dua hari itu yang bakal berlangsung di Petaling Jaya.
Saifuddin berkata kongres yang bakal dihadiri kira-kira 2,500 perwakilan dari 221 cabang, pemerhati dan jemputan khas itu merupakan Kongres 2012 yang sepatutnya diadakan pada November tahun lalu.
“Pada bulan November tahun lepas PKR lebih beri tumpuan kepada persiapan pilihan raya, maka kita menangguhkan kongres tersebut,” kata Saifuddin.
Ketika menjawab satu soalan, Saifuddin menjelaskan keputusan untuk menangguhkan pemilihan parti akan dibuat selepas kongress.
Kongres Angkatan Muda Keadilan dan Wanita PKR akan berlangusng pada 24 Mei dan dirasmikan serentak oleh Timbalan Presiden, Mohd Azmin Ali.
Manakala Kongres Nasional akan diadakan pada hari Sabtu berikutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan