Ahad, 12 Mei 2013

Koh Tsu Koon letak jawatan, Gerakan tak sertai kabinet

 


 
Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon mengumumkan beliau dan Setiausaha Agung, Teng Chang Yeow meletak jawatan minggu depan.

gerakan cec meeting 110513 koh tsu koonSelepas mengadakan mesyuarat dengan rakan-rakan pemimpin Gerakan di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini, Koh berkata, mereka membuat keputusan untuk bertanggungjawab terhadap prestasi hambar Gerakan dalam pilihan raya umum ke-13.

Timbalan Presiden Chang Ko Youn akan mengambil alih sebagai pemangku presiden sehingga pemilihan parti pada 26 Oktober.

Koh berkata Gerakan, seperti MCA, tidak akan menerima sebarang jawatan kabinet peringkat pusat, tetapi akan menerima jawatan di peringkat negeri.

Koh akan meletakkan jawatan secara rasmi pada 16 Mei manakala Teng pula pada pada 11 Mei.

Beliau berkata, pemilihan peringkat cawangan Gerakan akan bermula akhir bulan Jun manakala pemilihan peringkat pusat pada bulan Oktober.

Selain mengambil tanggungjawab terhadap kekalahan Gerakan, Koh berkata peletakan jawatannya adalah satu keputusan yang dibuat untuk membuka jalan kepada pemimpin baru dan preoses "pembaharuan" dalam parti.

"Saya akan terus menyokong dan berkhidmat kepada parti dengan memberi nasihat dan idea jika dan apabila diperlukan.

"Saya juga merancang untuk menyumbang kepada program latihan Gerakan untuk ahli-ahli parti," katanya.

Tiada ulasan: