Jumaat, 17 Mei 2013

Kertas siasatan pengikut Al-Arqam dibuka

Wartawan Sinar Harian

Marzuki Hussin
Marzuki Hussin
 
SHAH ALAM – Jais melengkapkan kertas siasatan kes tangkapan 59 individu dipercayai pengikut Al-Arqam termasuk Hatijah Aam atau lebih dikenali sebagai ‘Ummu Jah’, balu kepada pengasas pergerakan itu.

Pengarahnya, Datuk Marzuki Hussin berkata, pihaknya sudah ambil keterangan semua pihak terlibat, sebelum menyerahkan kertas siasatan kepada pihak pendakwaan.

“Sekarang, kita sedang mendapatkan maklumat dan bukti lebih terperinci melibatkan semua individu yang relevan dengan kes. Bila sudah cukup bukti, kita akan serahkan kepada pihak pendakwaan, baru sebutan.

“Setakat ini, Ummu Jah masih di Selangor sebab (sebelum ini) kita bebaskan dengan jaminan,” katanya, semalam.

Isnin lalu, Jais menahan 11 pengikut Al-Arqam termasuk Ummu Jah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dalam Operasi KLIA (Ops KLIA).

Mereka yang ditahan itu disiasat di bawah Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 kerana melanggar arahan mufti.

Semua pengikut Al-Arqam itu dihantar pulang kedutaan Arab Saudi berikutan program pemutihan dijalankan kerajaan tersebut.

Sejak 9 April lalu, Jais menahan 59 individu dipercayai pengikut Ar-Arqam dalam Ops KLIA termasuk cucu kepada Pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya dalam kalangan pengikutnya.

Tiada ulasan: