KL TODAY
PETALING
JAYA: Malang datang bertimpa buat Umno Selangor, setelah kalah besar
dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu, kini tidak ada seorang pun menteri
dalam kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak. Pengguguran Timbalan Pengerusi
Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Noh Omar di luar jangkaan kerana
ahli parlimen Tanjong Karang itu merupakan orang kuat Umno di negeri
itu yang diharap merampas kerajaan negeri dari Pakatan Rakyat.
Kabinet
Najib itu hanya memilih seorang wakil dari Selangor – Datuk Noriah
Kasnon yang diberi jawatan Timbalan Menteri Perusahaan Peladangan dan
Komuniti.
Buat kali
pertama dalam sejarah, Selangor tidak ada menteri sesuatu yang sukar
untuk dipercayai kerana negeri ini begitu ramai melahirkan tokoh Umno,
antaranya Datuk Harun Idris yang pernah menjadi Ketua Pemuda Umno yang
sangat berpengaruh.
Manakala
tokoh-tokoh lain termasuk Datuk Seri Ahmad Razali yang pernah menjadi
Menteri Besar Selangor dan yang terakhir Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Dengan
perhimpunan agung Umno November ini sengit kerana beberapa jawatan
utama parti dijangka dicabar, Najib hanya memilih dua wakil Umno dari
Johor, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Hantar isyarat
Najib
seolah-olah menghantar isyarat kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin
Yassin bahawa negeri terkuat Umno itu tidak semestinya mendapat ramai
menteri. Seperti wujud khabar angin orang Umno negeri itu mahu
Muhyiddin bersuara lantang dalam perhimpunan itu seperti yang dilakukan
sehingga bersarannya Tun Abdullah Ahmad Badawi ekoran prestasi buruk
Barisan Nasional dalam pilihan raya umum tahun 2008.
Prestasi
Najib dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu juga buruk kerana hanya menang
133 kerusi parlimen, sekalgus gagal mendapat 2/3 majoriti.
Mengejutkan
kerana negeri kelahiran Umno itu hanya mempunyai dua menteri iaitu
Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran dan
Pengajian Tinggi, manakala Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri
Pertahanan.
Pada
kabinet Abdullah dalam pilihan raya umum tahun 2008, Johor mempunyai
enam menteri – Muhyiddin, Hishamuddin, Tan Sri Shahrir Abdul Samad
(Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan); Tan Sri
Syed Hamid Albar (Menteri Dalam Negeri) dan Datuk Seri Azalina Othman
Said (Menteri Pelancongan).
Kedudukan
Johor dipintas oleh Sabah dan Perak yang masing-masing mempunyai tiga
orang menteri, Datuk Shafie Apdal, Datuk Seri Anifah Aman dan Datuk
Abdul Rahman Dahlan (Sabah) manakala Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Seri
Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari Perak.
Begitupun
dua negeri lagi iaitu Melaka dan Pulau Pinang juga mengalami nasib sama
seperti Selangor, tidak ada seorang pun wakil rakyat berjawatan
menteri.
Melaka paling malang
Namun, Melaka yang paling malang kerana tidak ada menteri dan timbalan yang dilantik menganggotai kebinet baru Najib ini.
Pulau
Pinang mempunyai seorang timbalan menteri iaitu Datuk Seri Dr Hilmi
Yahya yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.
Bagaimanapun,
berdasarkan prestasi `hitam’ Umno negeri dalam pilihan raya umum lalu,
keputusan Najib itu dianggap adil dan munasabah.
Seolah
Umno Pulau Pinang tidak ada lagi tokoh yang berkaliber seperti mereka
memiliki Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjadi ancaman terbesar
kerajaan.
Pada
pilihan raya umum tahun 2008, Pulau Pinang mempunyai seorang menteri
kabinet iaitu Datuk Seri Nor Yackob Mohamed, Menteri Jabatan Perdana
Menteri.
Perlantikan
Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan tidak mengejutkan
atas kapasitinya menjadi Ketua Pemuda Barisan Nasional dan Umno, namun
pengguguran bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor di luar
dugaan memandangkan beliau masih sepenggal menjadi anggota kabinet dan
usianya masih muda.
Sabah, Perak pintas Johor
Kedudukan
Johor dipintas oleh Sabah dan Perak yang masing-masing mempunyai tiga
orang menteri, Datuk Shafie Apdal, Datuk Seri Anifah Aman dan Datuk
Abdul Rahman Dahlan (Sabah) manakala Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Seri
Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari Perak.
Terengganu
mempunyai dua menteri iaitu Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Seri
Ahmad Shabbery Cheek; Negeri Sembilan (dua); Pahang (tiga), Negeri
Sembilan (dua); Kelantan (satu); Perlis (satu) dan Wilayah Persekutuan
(seorang).
Dalam
kabinet Najib ini juga dua menteri bolah dianggap sebagai kitar semula.
Datuk Seri Tengku Adnan sebelum ini pun pernah menjadi Menteri Wilayah
Persekutuan semasa era Tun Dr Mahathir Mohamad.
Semasa Abdullah menjadi Perdana Menteri, Tengku Adnan merupakan Menteri Pelancongan.
Manakala
Idris Jusoh juga selain pernah menjadi Menteri Besar Terengganu (2004
hingga 2008), menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan pada tahun
1999.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan