Jumaat, 24 Mei 2013

Kerana ‘derhaka’,Afiq hilang tawaran

 
KL TODAY

“Saya sekarang sudah tiada ada apa-apa lagi. Saya tidak lagi mendapat tawaran berlakon. Bayaran saya disekat. Saya dah tak mampu nak bayar sewa rumah. Walaupun tidak ada kenyataan rasmi, tapi saya dengar yang saya dah kena banned dengan pihak stesen TV.

Sekarang ni kalau saya pergi mana-mana orang jerit pada saya, “anak derhaka!”. Orang panggil saya bangsat”, itu luahan Afiq Muiz berterus terang memberitahu tentang hidupnya kini selepas isu pergaduhan antara dia dan ibunya tersebar sejak minggu lalu.



Pemilik nama sebenar, Afiq Muiz Azman Shah, 21, ini ditemui dalam satu sidang media khas yang diadakan oleh pihak keluarga sebelah bapanya, bertempat di rumah neneknya di Keramat Tengah, petang semalam.


Pelakon drama Mimpi Cinderella itu turut membuat penjelasan mengenai isu wang RM30,000 ekoran dakwaan dari ibunya mengatakan Afiq telah menghabiskan wang tersebut dalam masa sebulan.


“Sekarang ni saya juga nak buktikan mengenai dakwaan ibu saya tentang duit sebanyak RM30, 000 itu. Dakwaan ibu saya tu tak benar. Sebenarnya duit tu saya guna untuk beli kelengkapan di rumah sewa saya. 


Saya keluar dari rumah ibunya kerana mahu hidup berdikari. Saya belanja sebanyak RM20,000 untuk rumah sewa saya. Ni antara resit-resitnya”, kata Afiq sambil menunjukkan beberapa keping resit pembelian.
.
Jelasnya lagi, sejak kontroversi tersebut tercetus dia tidak pergi berjumpa ibunya untuk berbincang dan menyelesaikan masalah mereka. Namun ada beberapa kali dia menelefon ibunya, tetapi kata Afiq ibunya mengangkatpanggilan telefonnya.


“Saya tak pergi jumpa ummi saya tapi saya ada telefon dia banyak kali. Tapi dia tak angkat”, katanya.


Dalam pada itu, Afiq turut menyatakan dia mahu ibunya membersihkan kembali namanya. Dek kerana kenyataan-kenyataan dari ibunya itu, kehidupannya kini terjejas dan reputasinya sebagai seorang artis semakin buruk. Kata Afiq, sebagai anak dia bersedia meminta maaf kepada ibunya. Namun sebelum dia meminta maaf, dia mahu ibunya menarik semula tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya.
.
“Satu Malaysia dah anggap saya anak derhaka. Saya bukan anak derhaka. Saya nak ummi saya tampil dan tarik semula kata-kata dia. Jika dia berbuat demikian, saya sedia maafkan dia”, katanya sambil menahan sebak.


Diharapkan Afiq dan ibunya menemui jalan pedamaian. Anak tetap pangkatnya anak. Dan syurga itu terletak dibawah kaki ibu. Dalam hal ni kami kira, Afiq tidak boleh terus dengan sikap egonya. Tidak salah jika Afiq beralah dan selesaikan persengketaan ini dengan cara rasional bukan emosional. Kalau itu boleh dilakukan Afiq, jangankan satu Malaysia, satu dunia pun akan menghormati tindakan Afiq.


Tapi kalau masing-masing saling terus salah menyalahkan, ia tidak ke mana. Buatlah berapa kali sidang media pun, kami pihak media sekadar boleh melaporkan. Dan kami menjalankan tanggungjawab kami mengikut etika bukan menulis sesuka hati kami. Kalian anak beranak berbincang lah dan selesaikan hal ini secara elok. Ibarat tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak.

Tiada ulasan: