Jumaat, 10 Mei 2013

Himpunan ‘Black505′ diteruskan di P Pinang, Perak, Pahang & Johor

KEADILAN DAILY

(Kenyataan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli)

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memahami aspirasi dan hak rakyat untuk berkumpul.

945054_572863309420680_1167231291_n

Perhimpunan #Black505 yang diadakan di Kelana Jaya dua hari lalu membuktikan bahawa penipuan pilihan raya adalah isu nombor satu negara yang memerlukan penyelesaian segera, seperti yang disuarakan oleh lebih 100,000 rakyat pelbagai kaum yang hadir pada hari itu.

KEADILAN yakin bahawa suara rakyat ini perlu dibawa dan diperjuangkan. Tindakan menerima keputusan pilihanraya yang ditentukan oleh penipuan dan pengundi warganegara asing ini mengkhianati hak dan suara rakyat.

Oleh itu, gelombang #Black505 ini akan terus dibawa ke seluruh negara.

Perhimpunan yang sama akan turut diadakan di negeri-negeri berikut:

Sabtu, 11 Mei 2013 – Pulau Pinang @ Stadium MPSP, Bukit Mertajam
Ahad, 12 Mei 2013 – Perak @ Medan Istana, Ipoh
Selasa, 14 Mei 2013 – Pahang @ Kuantan (tempat diumumkan kelak)
Rabu, 15 Mei 2013 – Johor @ Johor Bahru (tempat diumumkan kelak)

Saya juga menyeru supaya semua rakyat Malaysia memakai baju atau apa-apa simbol hitam esok (Sabtu, 11 Mei 2013) sebagai tanda bantahan dan penolakan penipuan pilihan raya yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak dengan kerjasama pimpinan atasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

KEADILAN telah menubuhkan dua pasukan utama untuk menangani gerakan menolak keputusan pilihan raya akibat penipuan berleluasa.

Satu pasukan Panel Penyiasat Penipuan PRU13 (P4) diketuai oleh saya sendiri yang bertanggungjawab mengumpul semua bukti untuk dibawa ke pengetahuan umum agar mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.

Hasil dari siasatan ini akan digunakan untuk memfailkan petisyen pilihan raya di mahkamah, selain dari tindakan khusus terhadap individu yang terlibat di dalam penipuan pilihanraya termasuklah tindakan undang-undang terhadap mereka.

Saya akan menghuraikan skop tugasan dan mekanisme dalam satu siding media pada jam 9 pagi, Isnin 13 Mei 2013 di ibu pejabat KEADILAN.

Buat masa ini, sebarang bukti dan maklumat mengenai penipuan boleh dihantar kepada siasatpru13@gmail.com

Pasukan kedua diketuai oleh Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN yang bertanggungjawab menguruskan gelombang #Black505 di seluruh negara.

Tiada ulasan: