Pengerusinya, Chow Kon Yeow berkata, sehingga kini ia tidak menerima sebarang laporan atau bukti mengenai kepincangan yang berlaku sepanjang proses pilihan raya untuk membolehkannya membuat petisyen
Selain itu, faktor kemenangan besar DAP di Pulau Pinang pada PRU13 juga memberi kepuasan kepada parti itu untuk terus kekal menerajui kerajaan negeri bagi penggal kedua sejak 2008.
"Semua kerusi yang DAP tandingi memperolehi kemenangan besar dan saya belum terima sebarang laporan yang membolehkan kita kemukakan petisyen.
"Bagaimanapun, DAP menyokong tindakan PKR untuk menfailkan petisyen mengenai kemenangan tipis BN yang meragukan bagi kerusi parlimen Balik Pulau dan tiga kerusi Dun," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan pembukaan sebuah syarikat pengurusan kredit, SK iWealth Sdn Bhd, di sini semalam.
Turut hadir, Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik dan Adun Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu.
Sementara itu, mengulas cadangan pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn agar BN bergabung menjadi satu parti bagi mengembalikan sokongan rakyat dan mengelakan masalah perkauman, Kon Yeow berkata, ia adalah satu perkembangan positif yang perlu dilakukan.
Namun beliau berkata,cadangan itu tidak bermakna jika BN hanya menukar nama kepada parti 1Malaysia sebaliknya perlu menukar dasar secara keseluruhan jika benar mahu menjadi sebuah parti tunggal.
Menurutnya, sudah tiba masanya arena politik negara tidak lagi bergantung kepada sokongan berteraskan kaum seperti yang diamalkan selama ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan