Jumaat, 3 Mei 2013

Cubaan SPR bawa keluar kertas undi dari Balai Polis Manjung kantoi

KEADILAN DAILY

LUMUT- Kejadian aneh berlaku pagi semalam apabila cubaan pihak tertentu untuk memindahkan kotak-kotak undi awal dan kertas undi kosong disedari oleh calon Pakatan Rakyat di Parlimen Lumut.

kotak-undi-manjoi
Kertas undi pos yang telah dipangkah cuba dipindahkan dari lokap balai polis

Perkara yang tidak dirancang itu berlaku apabila calon-calon Pakatan Rakyat singgah melawat petugas parti yang bergilir mengawal kotak undi awal dan kotak kertas undi kosong di lokap IPD Seri Manjung.

Salah seorang dari mereka yang menyaksikan kejadian adalah calon KEADILAN bagi Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid.

“Saya sampai di tepi IPD ini, dan nampak ada pegawai SPR sedang memunggah kotak-kotak itu masuk ke dalam kenderaan pacuan empat roda. Saya tanya nak bawa ke mana. Dia kata nak bawa ke dewan undian. Saya tanya untuk apa. Dia kata untuk semak.

“Saya tekankan dalam peraturan tak ada pun yang mengatakan kotak-kotak ini boleh dibawa keluar. Hanya boleh dibawa keluar pada 5 Mei sebelum pilihan raya dilaksanakan,” kata Imran mendedahkan perkara itu.
Mereka berjaya mengambil gambar bukti kotak kertas undi yang sedang dikeluarkan dengan alasan untuk ‘SEMAKAN SPR’.

Ia pula dibuat tanpa sebarang notis dari pihak SPR kepada para calon atau wakil-wakil mereka.

Ekoran itu, pihak peguam dari wakil parti dalam Pakatan Rakyat sedang mengambil tindakan selanjutnya.

Dalam PRU 13 ini, selain Imran, Rohawati Abidin, calon PAS akan mewakili DUN Pasir Panjang, manakala DUN Pangkor diwakili Saifullah Zulkifli dari KEADILAN.

Untuk tonton rakaman kotak undi itu cuba dipindahkan KLIK SINI.

Tiada ulasan: