Barisan Nasional (BN) gagal gagal menebus kekalahan di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang yang terlepas ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya tahun 2008.

Bagaimanapun, BN berjaya mengekalkan kuasa di negeri-negeri yang menjadi sasaran Pakatan akan dimenangi pakatan pembangkang iaitu Negeri Sembilan, Johor, dan Perak.

Menurut Bernama, pada keseluruhannya, BN dapat mengekalkan penguasaan di negeri-negeri lain, sselain menawan semula Kedah dan menambah kerusi di Kelantan.
  
BN juga dapat membentuk kerajaan di negeri jelapang padi setelah menang 21 kerusi daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
  
BN menambah tujuh kerusi daripada hanya 14 kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya umum 2008.
  
Di Kelantan, BN menangi 12 daripada 45 kerusi yang dipertandingkan, peningkatan sekali ganda daripada enam kerusi yang dimenangi pada 2008.
  
Enam kerusi yang ditambah adalah Galas, Air Lanas, Selising, Semerak, Gual Ipoh dan Dabong selain mempertahankan kerusi Nenggiri, Paloh, Kuala Balah, Bukit Bunga, Kok Lanas dan Pengkalan Kubor.
  
Selain itu, BN juga mengekalkan kemenangan majoriti dua pertiga di Melaka, Pahang, Perlis dan Sabah.
  
BN kekal memerintah Terengganu setelah memperoleh majoriti mudah apabila memenangi 17 kerusi daripada 32 kerusi yang ditandingi.- Bernama