Ahli
strategi pilihan raya DAP Ong Kian Ming berkata, berdasarkan trend
pengundian semasa, harapan yang tinggal bagi BN untuk kekal berkuasa
hanya dengan memanfaatkan persempadanan semula yang harus dibuat
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada tahun ini.
Katanya, BN sekarang mempunyai kerusi marginal yang lebih banyak untuk dipertahankan berbanding Pakatan Rakyat.

"Tidak dapat dinafikan bahawa BN dalam keadaan defensif walaupun Pakatan tidak berjaya memenangi majoriti kerusi yang
dipertandingkan," kata Ong dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Anggota
parlimen Serdang itu berkata, BN kini mempunyai 46 kerusi marginal
untuk dipertahankan berbanding Pakatan yang hanya 30 kerusi.
Beliau mengkategorikan kerusi jenis itu berdasarkan sokongan undi bawah 55 peratus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan