Khamis, 2 Mei 2013

Blogger Milo Suam ditahan polis kerana dedah penipuan SPR?

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Blogger, Milo Suam yang baru-baru ini mendedahkan kemungkinan penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam blognya, ditahan polis malam ini di Setia Alam sebelum dibawa ke Bukit Aman.

Ia dinyatakan dalam laman facebook rasmi KEADILAN lewat malam ini yang turut menyebut, sepasukan polis juga datang ke ibu pejabat KEADILAN di Merchant Square di Petaling Jaya.

“Blogger Milo Suam ditahan polis dan dibawa ke Bukit Aman. Polis juga sekarang berada di hadapan Ibu Pejabat Keadilan di Merchant Square,” kenyataan itu dipetik.

milo2

Sebelum ini, beberapa laporan polis dibuat terhadap Milo Suam yang pernah menyiarkan artikel dan gambar mendakwa anggota polis mengundi lebih awal dari tarikh sebenar.

Blog itu memaparkan kekeliruan yang didakwanya ditimbulkan SPR berkaitan undi pos dan undi awal.

Laporan itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dan SPR.

Ironinya, blogger pro-Umno, Papagomo yang kerap memapar kandungan video fitnah lucah tidak pula ditangkap walaupun berpuluh-puluh laporan polis dibuat orang awam walaupun kesalahannya terang-terang menyalahi peruntukan undang-undang.(FZL)

Tiada ulasan: