MALAYSIA KINI
Seorang
daripada anggota penganjur Perhimpunan Blackout 505 di Pulau Pinang
pada 12 Mei akan didakwa pada hari Isnin di bawah Akta Perhimpunan Aman
2012 (APA).Setiausaha kerja sekretariat Pakatan Rakyat, Ong Eu Leong dari PKR Pulau Pinang berkata beliau diminta hadir di Mahkamah Sesyen Butterworth pada jam 8.30 pagi Isnin ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ong berkata, pada 23 Mei 2013, ASP Govind datang ke pejabat PKR untuk menyerahkan saman ke atasnya dan beliau akan didakwa di bawah Seksyen 9(1) (yang memerlukan penganjur memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah 10 hari sebelum perhimpunan diadakan).
Perhimpunan tersebut - yang diadakan di Batu Kawan - menyaksikan puluhan ribu hadir di stadium di situ untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya umum pada 5 Mei.
Ong berkata pihak penganjur telah memaklumkan beberapa kali kepada pihak berkuasa mengenai perhimpunan tersebut.
Menurutnya, pada 11 Mei akhbar The Star melaporkan bahawa
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi (kiri) sebagai berkata pihak penganjur telah mengemukakan notis kepada ketua polis daerah seperti yang dinyatakan dalam APA itu.
Laporan itu juga memetik Abdul Rahim sebagai berkata pihaknya akan menggerakkan anggotanya ke tempat perhimpunan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, dan akan memastikan kelancaran aliran trafik.
Ong berkata beliau telah mengemukakan notis kepada ketua polis daerah Bukit Mertajam dan telah membincangkan perkara dengan mereka pada pada 10 Mei.
"Kami kemudiannya memutuskan untuk memindahkan perhimpunan itu ke stadium Batu Kawan," katanya.
Sebagi rakyat yang mematuhi undang-undang, Ong berkata, beliau turut memaklumkan ibu pejabat polis Nibong Tebal mengenai perhimpunan di Stadium Batu Kawan walaupun beliau telahpun berbuat demikian kepada IPD Bukit Mertajam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan