Sabtu, 4 Mei 2013

Bekas Ahli Umno Yakin PAS Menang PRU-13

Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/mat%20bidi.jpgBESUT - Bekas Umno dan Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Ramli bin Bidi (Abe Mat Bidi), yang menyertai PAS pada 23 Mac lalu bersama rakan-rakannya menjadi petugas aktif PAS Dun Hulu Besut sepanjang kempen pilihanraya umum ke-13 (PRU-13).

Beliau yang ditemui di atas pentas ceramah PAS di Kampung Padang Bual semalam yakin, PAS akan menang khususnya di Dun Hulu Besut dan keseluruhannya di negeri Terengganu.

"ceramah sokmo (selalu) dah sekarang ni, semalam ceramah dengan (bekas AJK Umno Hulu Besut) Hussin (Awang Ngah) di Felda Tenang,"ujarnya yang berkata, beliau mempelawa Haji Hussin Awang menyrtai PAS dan berjuang bersamanya.

[Gambar atas kanan - Abang Mat Bidi berbaju hijau paling kiri, gambar bawah, Abang Mat ketika menyerahkan borang keahliannnya kepada Naib Presiden PAS]

http://buletinonline.net/images/stories/aberita17/masuk%20pas%20hulu%20besut.jpgApabila ditanya peluang PAS pada PRU-13 kali ini, Abang Mat Bidi berkata bkan sahaj Hulu Besut, beliau turut menerima laporan dari kawan-kawan di Setiu dan kawasan lain, Umno akan tumbang pada kali ini.

"saya yakin (guarantee) dah (PAS menang di Hulu Besut), di Setiua pun.......gu (kawan) telefon di Chalok nu, (kerusi) Parlimen berse dah.......Dun (Langkap) 50-50 lagi, (jadi) saya kata, kena kerja kuat lagi (InsyaAllah mennag),"ujarnya. [Lihat Video]
Menurutnya,  beliau sudah pergi berkempe ke kampung-kampung di sekitar Hulu Besut dan  mendapati ramai ahliahli dan penyokong Umno yang dahulunya mengundi BN akan membuat perubahan pada kali ini.

Pada 23 Mac lalu, beliau bersama 30 orang bekas ahli dan aktivis Umno Besut, khususnya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Hulu Besut meninggalkan parti tersebut dan menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS seumur hidup.

Beliau mewakili rakan-rakannya menyerahkan borang permohonan tersebut kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam satu Majlis Ceramah di Kampung Lubuk Kawah, Hulu Besut, di sini malam semalam.

Dari jumlah 31 orang bekas aktivis Umno itu, enam orang yang keluar adalah dari Kampung Lubuk Kawah dan 25 orang dari Kampung Kayu Kelat dekat sini.

Tiada ulasan: