Khamis, 23 Mei 2013

Adam Adli didakwa esok

JAMILAH HAMZAH

Adam Adli
Adam Adli 
 
SHAH ALAM - Aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di bawah Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan, esok ( 23 Mei ) pada jam 9 pagi.

Naib Presiden PKR, N Surendran yang bertindak sebagai peguam kepada Adam Adli untuk perbicaraan kes ini mengesahkan kepada Sinar harian Online, sebentar tadi.

"Ya, esok dia akan didakwa," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan , Adam Adli yang juga bekas pelajar Universiti Perguruan Idris Shah (UPSI) telah ditahan di Bangsar pada 18 Mei lalu, kira-kira pukul 3.15 petang kerana disabitkan
kesalahan di bawah Kanun Keseksaan 124 B  dan Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan.

Beliau kemudiannya turut direman selama lima hari bermula Ahad lalu dan berakhir pada esok.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh juga mengingatkan orang ramai supaya tidak terus membuat sebarang spekulasi terhadap gambar yang disebarkan melalui media-media sosial tersebut.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terus membuat sebarang spekulasi ke atas rakaman gambar tersebut kerana ianya boleh menimbulkan kemudaratan kepada kestabilan negara," katanya.

Tiada ulasan: