KL TODAY
KUALA
LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan bahawa selain tanda
pangkah ‘X’ pada kertas undi, tanda lain seperti titik juga boleh
diterima sebagai undi. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
berkata, syaratnya sesuatu tanda itu mestilah dibuat di dalam ruangan
yang disediakan.
“Tulis
(perkataan) tak boleh, tapi kalau ‘dot’, ‘tick’ atau apa tanda yang
dibuat dalam kotak kita boleh takrifkan bahawa dia punya ‘intention’
(niat) adalah untuk memilih calon itu,” katanya kepada Bernama di sini.
“Dalam
garis panduan kita, apa tanda pun diterima tak semestinya pangkah tetapi
jangan buat di semua kotak,” katanya mengulas mengenai 332,297 kertas
undi ditolak atau undi rosak pada pilihan raya umum Ahad lepas,
berbanding 324,120 pada 2008.
Beliau
berkata, bilangan undi rosak menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia
tidak faham mengenai cara mengundi semasa pilihan raya sehingga
beratus-ratus ribu kertas undi terpaksa ditolak dan dikategorikan
sebagai undi rosak.
Selain
itu, menurutnya terdapat juga pengundi yang mungkin sengaja merosakkan
sesuatu kertas undi kerana tidak tahu calon yang mahu dipilih.
“Banyak
sebab…pertama mungkin dia tidak mahu memilih sesiapa jadi dia rosakkan
atau tulis apa-apa atau mungkin tak faham,” katanya.
Daripada
keseluruhan undi rosak pada PRU13, sebanyak 171,556 kertas undi adalah
bagi kerusi parlimen manakala 151,741 lagi undi untuk kerusi dewan
undangan negeri (Dun).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan