Enam
bahagian MCA di Pulau Pinang hari ini mendesak Presiden MCA, Datuk Seri
Dr Chua Soi Lek supaya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kekalahan
teruk parti itu dalam pilihan raya umum Ahad ini.
Enam MCA
bahagian yang membuat desakan tersebut ialah Bayan Baru, Bukit Bendera,
Tanjung, Jelutong, Permatang Pauh dan Tasek Gelugor.
Setiausaha
bahagian Bayan Baru, David Yim berkata berikutan itu, presiden MCA itu
hendaklah meletak jawatan serta-merta bagi mengekalkan maruah parti.
Ini
juga, tambahnya, satu-satunya peluang untuk presiden menebus dirinya
dan memohon maaf kepada semua masyarakat Cina dan ahli MCA atas semua
kerosakan yang didakwa telah disebabkan olehnya.
Yim memberitahu
satu satu sidang akhbar hari ini bahawa Chua perlu meletak jawatan
kerana didakwa memilih kroni saja sebagai calon dan bagi "imej tercemar"
Chua, yang didakwanya benar-benar bercanggah dengan cara moral dan
kesopanan yang sentiasa menjadi sebahagian daripada nilai-nilai
masyarakat Cina.
Beliau berkata Chua, yang didakwanya
mementingkan diri sendiri dan angkuh dalam menangani isu-isu berkaitan
masyarakat Cina, merupakan 'pemisah' utama antara parti itu dengan
masyarakat dan ini menyebabkan orang Cina menolak MCA.
Yim
berkata beliau berharap sidang akhbar ini akan mempunyai kesan domino
dan bahagian MCA yang lain akan menyusulnya dan menuntut Chua meletak
jawatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan