Mohd Azmi Abdul Hamid, |
Teras
Pengupayaan Melayu (Teras) berpendirian parti politik yang berciri
perkauman dan bersikap anti Islam adalah merbahaya dan perlu ditolak
oleh rakyat.
Jelas parti yang membawa sentimen membenci Islam dengan menuding undang-undang Islam sebagai undang-undang yang tidak sesuai dilaksanakan di negara ini adalah lebih bahaya dan boleh membangkitkan kemarahan kaum Muslimin dan menfitnah Islam sebagai agama Persekutuan yang disepakati sejak kemerdekaan dicapai.
Kini terdapat parti politik yang terang-terangan menyatakan bahawa jika parti pembangkang dapat dikalahkan dan BN berkuasa, ia akan memastikan negara atau negeri yang diperintah tidak akan menjadi negara atau negeri Islam.
Implikasi dari pernyataan yang dikeluarkan secara terbuka dalam perhimpunan parti tersebut jelas mengistiharkan permusuhan yang khusus kepada Islam.
Soalnya kenapa permusuhan terhadap negara Islam kini menjadi isu utama sedangkan jelas yang sepatutnya perlu diberi perhatian ialah kewajaran sebuah pemerintah Islam ditegakkan untuk menegakkan keadilan sosial ekonomi dan politik yang gagal ditegakkan oleh sistem pemerintahan yang lain.
Ketua parti gabungan Barisan Nasional hendaklah bersedia menyatakan pendirian terhadap kenyataan parti rakannya MCA. Jika benar Umno menyatakan Islam boleh dimartabatkan dengan ujudnya kesepakatan antara parti orang Melayu, apakah Umno bersedia menolak kenyataan parti rakannya dalam Barisan Nasional mengenai isu ini.
Teras mendapati bahawa kejujuran Umno untuk bersepakat menegakkan hak Islam boleh dipersoalkan lantaran jelas niat utamanya hanya untuk berkuasa, bukan untuk menegakkan Islam.
Sekarang bola berada di gelanggang Umno. Jika ia tidak membuat pendirian tegas mengenai isu ini maka anjuran untuk berbincang dengan PAS mengenai menjaga dan menegakkan Islam di negara ini hanya sandiwara yang diulangi sekali lagi.
Teras menolak permainan politik perkauman dalam menegakkan Islam. Kepentingan Islam adalah mengatasi kepentingan politik walaupun politik adalah wasilah untuk menegakkan Islam.
Jika percaturan politik mewarnai strategi untuk menegakkan Islam namun berakhir dengan penggadaian hak Islam dalam membangunkan negara, maka ia adalah tertolak dan perlu dibanteras.
Parti politik yang bercirikan perkauman sempit juga tidak boleh diterima sebagai peneraju kepimpinan negara lantaran ia pasti akan berhadapan dengan kebuntuan bila masing-masing kaum membuat tuntutan bukan untuk kepentingan semua tetapi hanya semata-mata untuk kepentingan kaumnya.
Kepentingan kaum yang mengatasi kepentingan Islam hanya berakhir dengan pertembungan yang tidak berhujung. Mereka yang meraih kesempatan untuk memimpin kaumnya akan mengeksploitasi sentimen bangsa lebih dari memelihara nilai keadilan dan kebenaran.
Teras menolak dengan tegas eskplotasi sentimen kaum yang tidak berteraskan Islam. Memperjuangkan kaum tanpa prinsip yang jelas berdasarkan tuntutan Quran dan pendekatan Sunnah yang sahih adalah tertolak.
Sememangnya politik Malaysia sukar untuk mengenepikan kepentingan kaum, akan tetapi dalam jangka masa panjang isu pokok seperti keadilan sosial, menjaga keseimbangan kemajuan ekonomi antara kaum, mewujudkan negara hukum, hendaklah menjadi teras dan tunjang dalam membangunkan negara.
Sementara itu, rakyat perlu menghormati bahawa kesepakatan bernegara antara semua kaum di negara ini yang berkaitan dengan kedudukan Islam, bahasa dan kebudayaan ketika kemerdekaan dicapai perlu dipelihara.
Penulis ialah Presiden Teras Pengupayaan Melayu

9 ulasan:
Perkauman bukannya perkara yang patut kita budayakan. Tetapi seharusnya kita tolak jauh-jauh.
Hentikan saja politik agama untuk menarik ramai pengundi.
Pihak yang membawa isu perkauman dan agama perlu ditolak.
Ambil iktibar dari Peristiwa 13 Mei 1969. isu perkauman dan agama harus tidak dipolitikkan dan dibangkitkan hingga mengundang kemarahan rakyat.
ahli2 politik, pemimpin mahupun rakyat yang cuba melaga2kan sesebuah kaum atau agama wajar diambil tindakan.
pandai dia tuding jari kepada BN.. bagaimana pula dengan DAP?? bukankah DAP juga menentang perjuangan PAS??
dalam hal ini, PAS patut dipersalahkan kerana membawa bersama agama ke kancah politik.. kenapa parti lain boleh survive tanpa perlu bawa isu2 agama? kenapa PAS tidak??
sebab itulah PAS ditolak oleh rakyat Sarawak pada PRN sebelum ini.. negeri2 di Borneo tidak akan menyokong mana2 parti politik yang secara terang2 mempertaruhkan agama untuk mendapatkan sokongan politik..
The stability enjoyed today is partly the fruit of commitment among Malaysians wanting to maintain unity.
“I cannot stress enough the importance of unity,” said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman, adding the 1Malaysia concept, the brainchild of Prime Minister Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, is well accepted and is the way for all to always focus on supporting one another through both good and challenging times.
Calling Malaysians in Sabah to continue holding firm to the 1Malaysia concept and truly understand its aspirations, Musa said the Barisan Nasional government is one that has a proven record in improving livelihoods, and one that is consistent in treating each citizen equally regardless of background.
Musa said Malaysia is a nation that has a lot to be proud of, adding that the state of Sabah too has recorded many milestones in history, as it continues to grow and prosper with the rest of the country.
Today, Malaysia has made great progress in many sectors, and continues to strive for excellence.
“Our population is a melting pot of diverse races and beliefs, and it is for this reason our country has continued to see progress.
Each individual is important, and each person holds knowledge and experience that will lead Malaysia to more success. We remain united, we work with one another, and we respect each other.
“However, despite our best efforts, our sincerity in helping the rakyat (people) is sometimes questioned by certain quarters.
I would like to urge leaders and civil servants to focus their energies on finding solutions for the rakyat, and to not get drawn into debating allegations that are thrown against the government.”
In the past year alone, strides have been made in the implementation of the Economic Transformation Programme (ETP) and the Government Transformation Programme (GTP).
The GTP recently launched its 2.0 version, and is a roadmap that charts the direction of the seven National Key Result Areas (NKRAs), and these initiatives, running in tandem with other programmes including the 10th Malaysia Plan are evidence of the government’s commitment in creating a better nation for all Malaysians.
In addition, the federal government has been generous in its allocations for Sabah and this has allowed them to further develop the state and to create jobs and economic spinoffs
.“Apart from large scale investments in critical economic sectors, bread and butter issues that impact Malaysians are constantly addressed.
The rising cost of living is one of the issues that is given serious attention and is one of the seven NKRAs.
“The government puts the people’s interests first, and despite billions already spent on subsidies, RM500 in aid was given to households with a monthly income of less than RM3,000 through the 1Malaysia People’s Assistance scheme (BR1M).
“Recently, the federal government announced a half-month bonus or minimum payment of RM500 for civil servants, and a special payment of RM500 for pensioners.
The Sabah state government also followed suit with a similar incentive for state civil servants.
Only a government that has the best interests of its people will go to great lengths to provide bonuses and special incentives for its citizens,” said Musa.
The Prime Minister, he added, is also gathering feedback from citizens on what should be included in the National Budget for 2013, and this is yet another signal of how sensitive the BN is towards the needs of the people.
“While we rejoice during this celebration, we must also remember the less fortunate. I am pleased that various groups and individuals continue to bring cheer to those who are disadvantaged.
Catat Ulasan