Rabu, 4 Januari 2012

S’gor tandatangani MoU dengan UiTM

MoU bertujuan membantu secara aktif aktiviti akademik dan sosial warga siswa di kampus utama universiti itu di Shah Alam.



PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) bertujuan membantu secara aktif aktiviti akademik dan sosial warga siswa di kampus utama universiti itu di Shah Alam.

Majlis menandatangani perjanjian tersebut disempurnakan oleh Timbalan Presiden Kami, Khalid Mohd Ismath dan Exco kerajaan negeri, Dr Xavier Jayakumar di Shah Alam hari ini.

“Ini adalah komitmen kerajaan negeri dalam membantu warga universiti dalam menjayakan aktiviti-aktiviti mereka. Ia membuka jalan bagi hubungan erat antara persatuan mahasiswa universiti tersebut dengan kerajaan negeri di masa-masa yang akan datang.

“Sebelum ini kerajaan negeri melalui beberapa Exco negeri turut memberikan bantuan kepada beberapa buah universiti lain,” kata Dr Xavier yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin dalam satu kenyataan media.

Tags: Perjanjian Persefahaman (MoU), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar, Timbalan Presiden Kami, Khalid Mohd Ismath,

Tiada ulasan: