Sabtu, 28 Januari 2012

1,000 hadir di HIMPUN Pulau Pinang

ANTARA POS.COM




KEPALA BATAS: Kira-kira 1,000 hadir di gerakan Himpun peringkat negeri Pulau Pinang yang kini sedang berlansung di Kepala Batas dengan persembahan nyanyian lagu nasyid dalam pelbagai bahasa termasuk Inggeris dan Tamil.

Penganjur sebelum ini meramalkan kehadiran lebih 20,000 orang di Dewan Budi Penyayang untuk majlis itu yang bertujuan mengupas cabaran-cabaran umat Islam, termasuk usaha pengkristianan yang didalangi oleh mubaligh asing.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Hasan Ali yang dipecat daripada Pas awal bulan ini adalah antara tokoh yang akan berucap di majlis itu.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) berkata pihaknya tidak ada kena mengena dengan perhimpunan itu.

Tiada ulasan: