Selasa, 31 Januari 2012

Dr Abdul Aziz Bari : Gelaran Profesor Digugurkan. Aziz Bari Akan Masuk Politik Lepas Ini?

Staff Berita Semasa

prof aziz bari Dr Abdul Aziz Bari : Gelaran Profesor Digugurkan. Aziz Bari Akan Masuk Politik Lepas Ini?


Ekoran tindakan Dr Aziz Bari berhenti berkhidmat dengan UIAM, akhirnya gelaran profesor yang diterimanya telah digugurkan. Universiti yang berikan gelaran prof kepada Dr Abdul Aziz Bari, dan bila-bila masa boleh diarik semula. Sama situasi apabila sultan tarik gelaran datuk.

KUALA LUMPUR – Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Abdul Rahim Ahmad berkata, sebarang aktiviti Dr Abdul Aziz Bari selepas ini juga tiada kaitan dengan universiti itu. Namun katanya, Dr Abdul Aziz Bari masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu.

”Pensyarah yang tamat perkhidmatan dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam, tidak boleh menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik. ”Dengan penjelasan ini, saya harap, semua pihak dapat mengetahui gambaran sebenar tentang Dr Aziz Bari dan berharap sebarang aktiviti beliau selepas ini tiada kaitan dengan UIAM,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbar bagi mengulas pertanyaan pembaca Utusan Malaysia, SAKINAH melalui ruangan Forum akhbar itu pada Jumaat lalu yang ingin tahu bidang pengkhususan dan siapakah yang memberikan pengiktirafan kepada Abdul Aziz Bari sebagai pakar undang-undang dan perlembagaan. (Sumber : Utusan Malaysia)

dr aziz bari Dr Abdul Aziz Bari : Gelaran Profesor Digugurkan. Aziz Bari Akan Masuk Politik Lepas Ini?

Ini semua adalah prosedur biasa. Apabila seseorang itu berhenti/dipecat/pencen secara automatiknya gelaran profesor itu akan digugurkan. autmatik title tu akan hilang bersama. Berlainan jikalau Profesor Emeritus seperti Shahnon Ahmad atau Khoo Kay Kim (KKK), boleh pakai seumur hidup dan laku di seluruh dunia.

Bezanya di sini Dr Aziz Bari pernah diiktiraf dan telah mencapai taraf sebagai profesor tetapi gelaran prof dibuang disebabkan Abdul Aziz Bari dah berhenti daripada universiti, itu sahaja

Sebabnya kita pakai sistem British yang mana gelaran Prof adalah melambangkan pangkat seseorang. Sistem British memang mementingkan pangkat dan darjat. Cuma di UK sistem mereka lebih ketat di mana gelaran hanya diberikan apabila terdapat kekosongan pada jawatan atau kerusi tertentu.

Cuma persoalannya sekarang ini, adakah Dr Aziz Bari akan masuk ke arena politik? Dan apakah platform yang akan dipilihnya? Adakah UMNO? PAS? PKR ataupun DAP?

Tetapi, kami lihat sekarang ini beliau banyak menyertai ceramah-ceramah pembangkang. Adakah pilihanraya umum ke 13 akan memperlihatkan kelibat Dr Aziz Bari bertanding merebut kerusi dun ataupun parlimen?

Tiada ulasan: