Selasa, 31 Januari 2012

Pilihanraya Umum: BN Dan PAS Mulakan Kempen Perang Siber Negeri Pahang Di Bandar Ikan Patin!

PAHANG DAILY


TEMERLOH - Kempen "Perang Siber" menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 nampaknya bermula, apabila dua program besar melibatkan kerajaan dan pembangkang Pahang telah dan akan diadakan di bandar ini. "Bandar Ikan Patin" dijadikan lokasi untuk kedua-dua pihak memulakan serangan dan mengatur srtategi ke arah itu.

Apapun, kami di Pahang Daily Online (PDO) mengucapkan syabas kepada semua pihak yang mula ada kesedaran terhadap kepentingan media baru (siber) dalam memantapkan perjuangan masing-masing. Walau pun ia tidaklah sehebat yang dijangka, namun pendekatan yang dilakukan menjurus ke arah pengihtirafan kepada media baru itu sendiri.

Khabarnya, PAS Pahang telah mengadakan Konvensyen ICT dan Media Baru 2012 Peringkat Negeri Pahang di Darul Amin, Sg.Gau pada 28 Januari lalu. Sementara itu kerajaan Pahang menerusi NGO's "1Agenda" dan "PahangKu" pula akan mengadakan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Dewan Tun Razak dekat sini pada 4 Februari nanti.

Program itu merupakan Siri Jelajah MyVoice Negeri Pahang sebagai tanda sokongan NGO terbabit terhadap kerajaan BN dan akan dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang.

[Nampaknya, kedua-dua pihak sudah mula nampak kepentingan media baru di Pahang ini sebenarnya. Namun, anehnya sebagai pelopor media baru di Pahang kami tidak pun diundang secara rasmi untuk hadir di kedua-dua program berkenaan setakat ini.

Walau pun kami banyak membela pembangkang dalam beberapa isu panas yang dikeluarkan namun tiada jemputan rasmi yang diterima untuk krew-krew PDO sama-sama hadir memantau program itu.

Mungkin, kedua-dua pihak melihat kami sebagai "musuh siber" masing-masing agaknya. Lantaran itulah mereka tidak berani untuk mengundang kami sebagai pemerhati program berkenaan.

Apapun, bagi kami itu adalah hak masing-masing. Kami berjuang diatas landasan kebenaran yang hakikini, yang baik untuk rakyat di sokong dan yang menyusahkan rakyat akan terus ditentang.

Apapun, kami ucapkan tahniah sekali lagi kepada pihak yang berkenaan. Cuma biarlah ia konsisten dan berterusan, jangan hanya sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Sedangkan pengisian untuk "perang siber" itu akhirnya dipersia-siakan].

Tiada ulasan: