Polis akan mendapatkan bantuan pakar-pakar bahan letupan bagi membantu siasatan kes letupan bom buatan sendiri pada perhimpunan di hadapan Mahkamah Jalan Duta, 9 Januari lepas.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, selain menghubungi tentera, polis juga akan menghubungi syarikat-syarikat yang mengetahui lebih lanjut mengenai bom berkenaan.”Kita akan meminta pandangan mereka (pakar) antaranya mengenai bahan letupan ‘pyrotechnic’, iaitu bahan letupan seperti bunga api yang mungkin digunakan pada kejadian tersebut,” kata beliau.
Mohamad Salleh berkata, polis akan menghubungi beberapa syarikat yang seringmengadakan pertunjukan bunga api pada majlis besar-besaran untuk meminta pandangan mereka mengenai bahan letupan tersebut,” katanya selepas majlis perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPPKL) di sini Rabu.
Ditanya mengenai perkembangan terbaru berhubung siasatan kes tersebut, Mohmad Salleh berkata, “Polis masih belum mendapat petunjuk baru mengenai kejadian tersebut. “Pada masa ini, kita hanya menerima maklumat daripada orang awam dan pengedar jam loceng di sekitar ibu negara”.
Dalam insiden itu, tiga letupan berlaku pada perhimpunan penyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Mahkamah Tinggi membebas danmelepaskan beliau daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd SaifulBukhari Azlan pada 2008.
Letupan itu mengakibatkan empat orang awam cedera dan seorang lagi mengalami kejutan, selain menyebabkan kerosakan kecil kepada kenderaan milik orang awam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan