Setelah melemparkan pelbagai kata nista termasuk ugutan jenayah terhadap adiknya, selebriti penuh kontroversi Azwan Ali hari ini ‘tewas’ apabila memohon maaf secara terbuka termasuk membuat pengakuan bersumpah tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.Dalam sidang akhbar bersama adiknya, Ummi Hafilda itu, Azwan turut memohon maaf secara terbuka kepada para pemimpin politik dan para artis yang tersinggung dengan mesej twitternya.
Dia yang kelihatan sebak dan menitiskan airmata dalam sidang akhbar berkenaan berjanji tidak akan lagi hantar twitter mengenai politik dan isu-isu semasa.
Azwan mengaku dia termakan hasutan dari pelbagai sudut orang yang berkepentingan politik ketika menghantar tweet balun pemimpin politik – Barisan Nasional.
Dia juga mengaku pernah canang abangnya Azmin Ali bakal jadi Menteri Besar Selangor kerana ketika itu rasa ghairah dan bangga apabila maklumat itu diberitahu sendiri oleh ‘seseorang dalam kerajaan Selangor”
” Saya melakukan akuan bersumpah ini kerana saya akui yang saya terkhilaf dan kerana bersandarkan hasil hasutan-hasutan yang tidak… sidang media ini adalah untuk jernihkan keadaan.
“Sebagai abang, dia (Ummi) bukan wanita keji. Saya mohon maaf kepada Ummi juga kerana tuntutan ibu yang tabah menghadapi dugaan kerana pergolakan anak-anak. Saya janji akan tunaikan lafaz yang dibaca mulai 17 haribulan,” katanya.
Untuk rekod, Azwan ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ugutan jenayah yang dipercayai dilakukan terhadap Ummi Hafilda pada Jumaat lalu.
Azwan yang pernah mengacarakan program Jangan Tidur Lagi dikatakan ditahan pihak polis pada hari yang sama.
Ummi Hafilda yang membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) mendakwa Azwan membuat ugutan untuk membunuh dan membakarnya melalui laman sembang Twitter, bulan lalu.
Namun, kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kerana kejadian tersebut berlaku di kediaman Ummi Hafilda di Kota Damansara.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu.
Menurutnya, susulan laporan itu, polis memanggil dan menahan Azwan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah terhadap Ummi.
Difahamkan, berdasarkan keterangan yang diambil daripada Azwan pada hari sama, beliau mendakwa ugutan itu dibuat atas arahan abangnya, Azmin Ali dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kandungan Twitter berkenaan.
Turut difahamkan, pihak polis juga telah memanggil beberapa individu lain antaranya Azmin, isteri beliau, Shamsidar Tahrin dan ibu mereka bagi membantu siasatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan