Rabu, 4 Januari 2012

LLG: Insiden keganasan UPSI memalukan sistem demokrasi

Toh Kin Woon


Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG mengecam tindakan pasukan FRU menahan 17 orang termasuk 14 orang mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim dan mencederakan dua orang pemimpin mahasiswa, Muhammad Safwan Anang dan Amar Rasyidi. Pihak polis mencabul hak mahasiswa untuk tunjuk perasaan dan mengganasi mereka yang tidak bersenjata, sememangnya tindakan yang memalukan sistem demokrasi negara kita.

Kebebasan berfikir dan kebebasan untuk tunjuk perasaan adalah penting bagi seorang mahasiswa, pihak universiti dan polis harus menghormati hak-hak perlembagaan mereka, tidak patut menyuraikan perhimpunan aman dengan menggunakan kekerasan. Perdana Menteri Najib Razak telah mengumumkan bahawa kerajaan akan meminda seksyen 27 Akta Polis yang mengehadkan kebebasan berhimpun dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang mencabul hak berpersatuan. Insiden UPSI menunjukkan pihak universiti dan polis masih kekal dengan amalan tidak demokrasi dan tiada langsung konsep menghormati hak asasi manusia.

Insiden keganasan ini berlaku di kampus universiti yang diberi tanggungjawab menyebar dan memperkembangkan ilmu, telah merosakkan bidang akademik yang menitikberatkan autonomi dan kebebasan berfikir. Seringkali pelajar dididik bahawa "Ilmu adalah kuasa" (Knowledge is power), tetapi kerajaan memberi satu contoh yang terburuk iaitu "keganasan dan penindasan barulah cara penyelesaian", amalan ini yang menghina ilmu dan menyokong keganasan akan memudaratkan institusi-institusi pengajian tinggi kita.

Bukan kali pertama anggota polis membelasah rakyat. Selepas melakukan keganasan, polis pula menafikan pembuatannya - mencungkil kemarahan rakyat jelata. Dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai, polis berbohong dengan mendakwa mereka tidak menembak meriam air ke perkarangan hospital Tung Shin. Tindakan ini telah menjejaskan kredibiliti polis. Dalam beberapa kes penyelewengan kuasa polis, kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan seperti menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) atau menghukum anggota polis yang bersalah melalui jawatankuasa displin dalaman PDRM. Jika Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri masih bertoleransi dengan salahguna kuasa dan keganasan polis, tidak menghiraukan keselamatan rakyat, masyarakat kita akan hilang yakin terhadap kerajaan Barisan Nasional.

Kami menggesa Perdana Menteri bertindak segera dalam insiden UPSI ini, memberi keadilan kepada dua orang pemimpin mahasiswa dengan mendisplinkan pihak universiti dan polis, serta mengadakan sidang parlimen tergempar untuk memansuhkan AUKU dan seksyen 27 Akta Polis untuk memulihkan imej negatif kerajaan.

*Kenyataan media oleh Toh Kin Woon (gambar kanan) selaku Pengerusi Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG.

Tiada ulasan: