Jumaat, 27 Januari 2012

Khaled Noordin mahu Adam merayu kepada UPSI

Lu Wei Hoong


Menteri Pengajian Tinggi Khaled Noordin menegaskan bahawa Kementeriannya tidak terlibat dalam hukuman penggantungan tiga semester terhadap Adam Adli, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Sebaliknya, Khaled Noordin mendakwa bahawa UPSI bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hukuman tersebut.

"Tindakan itu diambil melalui peraturan universiti, bukan di bawah AUKU, peraturan universiti dengan Aku Janji pelajar, mereka perlu tunjukkan dan menjaga imej dan kredibiliti universiti, dan universiti berpendapat usaha dan tindakannya dilakukan menjatuh imej universiti, maka jawatankuasa tatatertib (jatuhkan hukuman)... dan saya tidak terlibat, whatever happen you have to refer to university," kata Khaled Noordin.

Apabila disusuli dengan soalan bagaimana tindakan menurunkan bendera berwajah Najib Razak mengancam ketenteraman awam, dan sama ada Menteri Pengajian Tinggi itu bersetuju dengan hukuman yang dijatuhkan UPSI, Khaled Noordin tidak menjawab kepada soalan, sekadar berkata, "Itu kena tanya universiti."

Malah, Khaled Noordin mengulangi kenyataannya, meminta Adam Adli merayu kepada UPSI berhubung hukuman yang dijatuhkan ke atasnya. Beliau berkata sedemikian dalam satu sidang media selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2012 yang bertemakan "Berfikiran global bertindak local", di Putrajaya, hari ini. Turut hadir dalam sidang media termasuk Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Hou Kok Chung. Bagaimanapun, seorang lagi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah tidak menampilkan diri pada hari ini.

Sebelum itu, Khaled Noordin juga diminta untuk mengulas bagaimana Profesor Zainal Kling, didakwa mengemukakan "242 ribu carian di google atas nama Adam Adli" sebagai bukti untuk menyabitkan kesalahan pada Adam, bagaimanapun, Khaled enggan mengulas, cuma berkata "Ask him (Adam) to appeal".

*Lu Wei Hoong ialah wartawan khas MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal.

Tiada ulasan: