Jumaat, 27 Januari 2012

Forum ABU: Pemimpin Hindraf tak sehaluan

MALAYSIA KINI

Pemimpin Hindraf nampaknya tidak sehaluan berhubung penglibatan penyokong mereka dalam gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) ekoran gangguan terhadap ceramahnya oleh sekumpulan pengacau di Shah Alam Sabtu lalu.

NONEManakala pemimpin umum dan penasihat undang-undang Hindraf, P Uthayakumar (kanan) menggesa ahlinya supaya tidak menyertai sebarang forum ABU pada masa akan datang, tetapi pengerusi kumpulan itu, P Waytha Moorthy pula mahu mereka terus menyokong ABU.

Dalam satu kenyataan hari ini, Waythamoorthy berkata, Hindraf - di konvensyen tahunannya pada 4 Disember - telah memutuskan untuk bekerjasama dengan mana-mana gerakan pembangkang, dan menolak kenyataan abangnya, Uthayakumar.

"Kenyataan terbaru yang dikeluarkan atas arahan Uthayakumar, setiausaha agung Parti Hak Asasi Manusia mengenai penglibatan kami dengan ABU adalah pandangan peribadi, dan kami di Hindraf menghormati pandangan beliau, walaupun secara kolektif, kita berbeza dengan pendapat peribadinya.

"Suara Hindraf adalah campuran para penyokong akar umbi, bukan berdasarkan pada seorang individu," kata Waytha Moorthy.

NONEWaythamoorthy (kiri) berkata demikian bagi menjawab kenyataan
yang dikeluarkan oleh ketua penerangan Hindraf, S Jayathas, yang berkata, Hindraf telah memutuskan untuk tidak menyokong ABU. Ia diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi yang dipengerusikan oleh Uthayakumar semalam.

"Hindraf tidak menyokong ABU, tetapi menyokong ABUR (Anything But Umno and Pakatan Rakyat Racism).

Menurut kenyataan tersebut, penyokong Hindraf di seluruh negara dinasihatkan supaya tidak menghadiri mana-mana forum ABU yang dirancang di seluruh negara, terutamanya selepas serangan ganas ke atas penyokong Hindraf di Jalan Kebun, Shah Alam, Sabtu lalu di mana sekurang-kurangnya seorang penyokong Hindraf dimasukkan ke hospital, dan ramai lagi cedera.

Tiada ulasan: