Jumaat, 27 Januari 2012

Dr M: Penghapusan dasar berasas kaum akan cetus rusuhan

MALAYSIA KINI

Selepas 54 tahun mencapai kemerdekaan, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih berpendapat Malaysia belum bersedia untuk menghapuskan tindakan afirmatif berasaskan kaum.

NONEMenulis dalam blognya semalam, Dr Mahathir berkata negara ini
akan terdedah kepada "keadaan huru-hara" tanpa sebarang dasar seumpama itu, memandangkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum begitu cukup meluas.

"Memang mungkin jika masalah kaum tidak menghantui Malaysia pertumbuhannya menjadi lebih pesat.

"Tetapi apabila agihan kekayaan begitu luas di antara kaum, besar kemungkinan permusuhan akan berlaku antara kaum yang miskin dengan kaum yang kaya," katanya.

Menurutnya, permusuhan tersebut "sudah tentu akan menyebabkan ketegangan dalam masyarakat" dan menjadikan negara tidak stabil dan terdedah kepada huru-hara dan rusuhan.

Negarawan itu juga berkata dunia mengakui pembangunan ekonomi di Malaysia yang berbilang kaum ini, lebih cepat dan tinggi tahap pembangunnanya dari negara membangun lain yang tidak mempunyai masalah bangsa untuk diambilkira.

"Kata pepatah Melayu, telan mati pak, luah mati emak. Namun adalah lebih baik pembangunan terlewat sedikit daripada kehancuran akibat rusuhan," katanya.

Tiada ulasan: