MALAYSIA KINI
Ketua Menteri Sarawk Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan dipanggil sebagai saksi dalam prosiding penceraian anaknya, Datuk Abu Bekir Mahmud, apabila kes bersambung pada 16 Januari nanti.
Ini kerana Abdul Taib tinggal bersama dengan anaknya dan isterinya ketika itu, Shahnaz A Majid dan adalah saksi berhubung pertikaian antara mereka, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur diberitahu hari ini.
"Beliau bileh buktikan sama ada benar atau tidak (Bekir) membelasah (Shahnaz) kerana mereka tinggal di rumah yang sama," kata peguam Shahnaz, - Rafiee Shafiee.
Rafiee memberitahu hakim Muhammad Abdullah, saksi-saksi berkenaan akan dipanggil memberi keterangan berhubung kontark yang membabitkan syarikat Pengurusan Titanium dan Cahya Mata Sarawak, yang mana Bekir adalah timbalan pengerusi kumpulannya.
Saksi-saksi juga akan disoal mengenai hubungan syarikat yang dikaitkan dengan keluarga Taib, Sakto International di Kanada dan Sakti International Corporation idi Amerika Syarikat, serta “aset yang dimiliki di England, Australia dan Indonesia”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan