Susan LooneKetua Pembangkang Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim memulakan hari pertamanya di sidang Dewan Dewan Undangan Negeri dengan mempersoalkan rasional ketua menteri negeri itu memohon maaf kepada Sultan Johor berhubung kenytaannya yang didakwa memburuk-burukkan negeri itu.
Soalan yang dikemukakannya sebelum Dewan Undangan Negeri bersidang hari ini, bagaimanapun telah ditolak oleh speaker Datuk Abdul Halim Hussein.
Azhar, setiausaha badan perhubungan Umno negeri, berkata soalan yang diajukannya itu adalah "terus-terang dan jelas", dan tidak mempunyai apa-apa agenda tersembunyi.
Katanya, tidak ada niat jahat berhubung soalannya itu kerana ia ditujukan bukan kepada Lim secara peribadi tetapi kedudukannya sebagai ketua menteri Pulau Pinang.
"Seluruh negara tahu tentang hal itu ... tindakan menolak soalan saya adalah tidak munasabah," katanya.
Katanya, beliau bersetuju dengan titah baginda yang tidak mahu diseret ke dalam arena politik tetapi merasakan bahawa beliau telah disalah lapor oleh media massa yang dikawal oleh BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan