MALAYSIA KINI
Perwakilan MCA hari ini meluluskan keputusan Jawatankuasa Pusat parti itu untuk tidak menerima sebarang pelantikan jawatan dalam kerajaan jika prestasi parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 merosot berbanding pada 2008.
Keputusan itu adalah antara enam resolusi utama diterima pakai oleh 1,809 perwakilan pada Perhimpunan Agung MCA ke-58 di Wisma MCA di Kuala Lumpur.
Resolusi lain termasuk mengutuk kempen berbaur perkauman oleh DAP untuk memecah-belahkan masyarakat Cina dan melemahkan wakil kaum Cina dalam kerajaan.
Mereka turut menolak pelaksanaan hukum hudud kerana bercanggah dengan rukun asas Perlembagaan Persekutuan, kebebasan beragama dan hak asasi individu.
Sementara itu, perhimpunan agung itu turut menyokong penuh program transformasi di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta ideologi 1Malaysia bagi melaksanakan lebih banyak dasar inklusif yang membawa manfaat kepada semua bangsa.
Di samping itu, perwakilan juga mahu kerajaan melaksanakan sistem gaji minimum bagi mengelak eksploitasi golongan pekerja dan mengurangkan kebergantungan tenaga pekerja asing.
Mereka juga menyambut baik penerimaan kerajaan secara berperingkat kelayakan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) Sekolah Persendirian Cina dengan kebenaran mendapat akses untuk Tabung Pendidikan Tinggi dan kemasukan ke maktab perguruan.
Perwakilan juga turut memuji langkah-langkah berkesan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengurangkan kadar jenayah sejak dua tahun lalu.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan