MALAYSIA KINI
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS), Jumaat lalu menghantar memorandum kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berhubung bantahan terhadap isu penjualan Pulau Mentukod, Mengalum dan Pandanan sebagaimana yang didedahkan media baru-baru ini."Nyatakan siapakah individu terbabit dan jika urusniaga tersebut dibuat tanpa autoriti pihak terbabit, maka ini boleh dianggap sebagai pencabulan terhadap hak pulau tersebut.
"Perjelaskan juga, bagaimanakah Pulau Montukod dan Pandanan yang berstatus Native Title (NT) boleh dijual di pasaran antarabangsa sedangkan kebenaran (pulau-pulau berkenaan) hanya untuk aktiviti pertanian,” katanya.
Lahirul juga mempersoalkan mengenai status penganugerahan pulau tersebut yang telah dilakukan sebelum ini oleh kerajaan BN.
"Adalah memalukan jika pulau yang memiliki ratusan hektar, yang mempunyai kepentingan maritime dan kedaulatan negara dibiarkan sahaja terlepas kepada pihak asing tanpa ada tindakan prerogative dan bersungguh-sungguh pihak kerajaan mempertahankannya.
"DPPNS mengulangi pendirian agar pihak kerajaan menghalang penjualan pulau-pulau tersebut memandangkan ia akan mendatangkan banyak kerugian terutama kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah," katanya.
Turut mengiringinya adalah Ketua AMK Sabah Jefri Jomion, wakil Pemuda DAP Sabah dan Pemuda PAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan