Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong menggesa pergerakan itu supaya mengekalkan semangat dan terus berkhidmat kepada rakyat, walaupun ditolak pengundi dalam pilihan raya umum 2008.
Dalam ucapan di mesyuarat agung tahunan Pemuda MCA hari ini, Wee berkata Pemuda MCA harus mencontohi sikap yang ditunjukkan oleh protaganis Autobots dalam filem blockbuster 'Transformer 3: Dark Side of the Moon'.
"Dalam filem itu, Autobots setia berjuang untuk mempertahan umat manusia, tetapi kerana tindakan Decepticons, hubungan antara manusia dan autobots terjejas dan manusia bertindak balas dengan menghalau autobots dari.
"Walau bagaimanapun, Autobots tidak meninggalkan manusia - bukan Optimus Prime mahupun Bumble Bee. Mereka tinggal dan berjuang hingga ke akhirnya untuk melindungi manusia dan berjaya mengalahkan Decepticons."
"Saya tidak mengatakan bahawa kita ini Transformers, tetapi kita mempunyai semangat yang dimiliki oleh Autobots dalam filem tersebut.
"Kami tidak pernah meninggalkan rakyat tetapi kami terus berjuang untuk rakyat," kata Wee.
Wee berkata Pemuda MCA menyokong sepenuhnya usaha-usaha pembaharuan yang akan diperkenalkan oleh pentadbiran Najib termasuk menambah baik proses pilihan raya, bagi membolehkan kebebasan berhimpun dan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Beliau menyifatkan perubahan yang mahu dibuat oleh Pemuda MCA sebagai "rasional" dan "bijaksana", yang menurutnya, tidak seperti parti-parti pembangkang yang menggunakan perubahan sebagai platform untuk mendapat kuasa.
"Kami sudah bersedia untuk menghadapi kritikan yang membina dan ikhlas," katanya sambil menambah, pihaknya menolak semua tuduhan yang dibuat berdasarkan agenda mementingkan diri sendiri.
"Sebagai contoh, jika kita bermain permainan popular 'Angry
birds', kita perlu capai target dan tidak boleh tembak sesuka hati," katanya.
Mengulas lanjut, Wee berkata, BN menjadi sasaran kritikan yang tidak adil yang ada pada masanya melampaui batas dan mengingatkan bahawa sikap seperti itu adalah berbahaya.
Beliau juga mengingatkan rakyat bahawa pembangkang juga bukan sempurna dan jika dibiarkan, masyarakat akan kehilangan semangat apa yang betul dan salah dan negara akan berada dalam bahaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan