Muhammad Faizal |
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali hari ini menyatakan Pakatan Rakyat dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor menyokong penuh Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) sebagai Menteri Besar. Beliau menjelaskan isu yang dimainkan oleh media milik Umno itu hanyalah sebagai propaganda politik serta sebagai usaha memecah belah pemimpin di dalam Pakatan Rakyat terutamanya di Selangor. "Ini adalah isu yang telah lama, selama ini pun telah berlaku di mana terdapat desakan Khalid agar meletak jawatan dan bagi saya perkara seperti tidak perlu ditimbulkan kembali. "Kita menyokong seratus peratus dan tidak pernah ada pertikaian pentadbiran Khalid sebagai Menteri Besar, bagi saya ini semua kerja media Umno apatah lagi apabila hampirnya pilihanraya,"jelasnya. Tambahnya lagi, pentabdiran Khalid telah menaikkan martabat ekonomi negeri dan segala pungutan hasil negeri semakin bertambah begitu juga dengan program-program merakyatkan ekonomi negeri. "Pentadbiran yang dilakukan oleh beliau amat baik dari sudut ekonomi pendapatan selangor semakin bertambah malah kita lihat program merakyatkan ekonomi negeri semuanya berjalan lancar jadi tiada sebab untuk kita mendesak beliau letak jawatan. Kita sokong sepenuhnya. "Berkenaan dengan memorandum yang mengatakan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak Khalid letak jawatan itu tidak benar dan saya sendir tidak mengetahui perkara tersebut dan semua ini hanyalah propaganda," kata beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa. Dalam pada itu beliau menjelaskan pada mesyuarat exco yang dijadualkan esok tidak akan membincangkan perkara tersebut. "Kita tidak akan membincangkan perkara ini dalam mesyuarat exco esok dan bagi kita itu hanyalah permainan kotor Umno dalam usaha menjatuhkan serta memburuk imej Kerajaan Negeri terutama Menteri Besar," sambungnya lagi. |
Selasa, 11 Oktober 2011
Pakatan sokong Khalid sebagai MB Selangor
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan