Sabtu, 1 Oktober 2011

Nurul menyambut baik usaha peneroka FELDA menuntut ganti rugi

Nurul Izzah


Saya menyambut baik usaha para peneroka dari 19 FELDA di Pahang yang semalam telah memfailkan tuntutan di Mahkamah Temerloh untuk menuntut ganti rugi RM200 juta berhubung penipuan dalam urusan membeli dan memproses sawit dan pemasaran.

Saya amat mengalu-alukan kerjasama para peneroka dari 19 kawasan FELDA ini dalam mencari kebenaran dan keadilan dengan membawa kes tersebut ke mahkamah. Sememangnya untuk menghadapi sebuah organisasi yang begitu besar seperti FELDA memerlukan kesepakatan di kalangan rakyat, semangat yang kental, dan kepercayaan bahawa keadilan akan tertegak jua akhirnya.

Isu konspirasi menurunkan Kadar Perahan Gred (KPG) ini amat serius, kerana ia membawa kesan yang cukup besar kepada ekonomi para peneroka dengan mengurangkan hasil pendapatan mereka dengan begitu mendadak. Dan jika konspirasi ini dibuktikan benar-benar wujud, maka persoalan yang lebih membimbangkan ialah mengapa pihak-pihak tersebut telah dibenarkan berkelakuan sedemikian?

Akhir sekali, saya berharap agar kes tuntutan ini akan dapat dibicara dan diselesaikan dengan sempurna, demi masa depan ekonomi para peneroka FELDA.

*Kenyataan media oleh Nurul Izzah Anwar (gambar kiri) selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden KEADILAN.

Tiada ulasan: