Ahad, 9 Oktober 2011

NGO mahu semua projek air, elektrik diaudit

MALAYSIA KINI

Ekoran peruntukan terus memberangkangkan terhadap projek bekalan air dan tenaga, Ketua Audit Negara digesa melaksanakan audit keseluruhan bagi program itu di kawasan pedalaman dari tahun 2010 hingga kini bagi mengukur pencapaian

fomca solid waste management 120707 piarapakaran subramaniamKini terdapat aduan berhubung kekurangan penyelenggaraan yang antaranya memperlihat panel solar dilitupi dengan lumut, menurut NGO pemantau isu berkaitan air, tenaga dan alam sekitar.

"Penghuni-penghuni (orang asli dan orang kampung) pula tidak tahu apa yang patut dibuat kerana mereka tidak dilengkapi dengan kebolehan untuk menyelenggara alat-alat ini," kata Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) S Piarapakaran (kanan).

Katanya, berdasarkan laporan anak syarikat Tenaga Nasional Berhad, hanya 20 daripada 28 mini hidro yang terdapat di semenanjung Malaysia sedang berfungsi, lapan daripadanya dalam pelan pemulihan dan tiada laporan berkaitan status di Sabah dan Sarawak.

"Maka, ia adalah penting untuk kerajaan merekod dan memantau semua kerja-kerja yang dilakukan dengan teliti untuk memastikan program bekalan air dan elektrik pedalaman masih berfungsi dengan baik," katanya.

Dalam belanjawan yang dibentangkan kelmarin, sebanyak RM2.1 bilion lagi diperuntukan untuk bekalan air kepada 200,000 isi rumah dan RM1.1 bilion lagi untuk bekalan elektrik untuk 39,000 isi rumah.

azlanTahun lalu, kerajaan memperuntukkan lebih RM3 bilion untuk projek bekalan air dan elektrik di seluruh negara, iaitu RM1.2 bilion untuk Sarawak, RM1.5 bilion untuk Sabah dan RM556 juta untuk semenanjung.

AWER juga mencadangkan beberapa langkah baki menambahbaik implementasi program itu:

  • Bidaan terbuka (open bidding) daripada pembekal teknologi untuk mengurangkan kos sebegini berbanding dengan harga yang dirunding;
  • Kos penyelenggaraan patut disertakan semasa implementasi;
  • Mendidik komuniti pedalaman untuk melakukan penyelenggaraan asas (ringkas). Ini juga dapat mewujudkan pekerja separuh mahir dalam komuniti ini;
  • Membenarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Suruhanjaya Tenaga untuk menyelia dan memastikan program ini dilaksana dengan berkesan di seluruh Malaysia.

Tiada ulasan: