Nigel Aw
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) perlu dibenar melengkapkan siasatan ke atas pensyarah undang-undang Profesor Dr Abdul Aziz Bari tanpa orang awam membuat andaian awal dan salah tanggapan terhadap tindakan universiti itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Najib mengulas kenyataan Abdul Aziz yang mencetuskan kontroversi apabila pakar perlembagaan itu mengulas titah Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pemeriksaaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.
Beliau dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.
Berikutan itu, beberapa pemimpin BN dan Umno serta media yang dikuasai mereka membidasnya sehingga pada Khamis lalu UIA bertindak mengantung tugasnya.
"Saya difahamkan, ini bukan gantung tugas, ia hanya sementara siasatan dijalankan, bukan gantung kerja. Penggantungan tugas akan bergantung kepada jawapan yang diberikan.
"Pihak universiti sedang menjalankan siasatan dan tumpuan untuk dia (Abdul Aziz) menjawab kes. Ini belum melibatkan tindakan disiplin, hanya siasatan untuk tahu apa yang dia maksudkan... jangan buat andaian awal," katanya.
Bagaimanapun ia bercanggah dengan kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, semalam yang menasihatkan rektor UIA supaya menarik balik penggantungan kontroversi ke atas Abdul Aziz.
Jumaat lalu, hampir seribu mahasiswa berhimpun selepas Jumaat lalu bagi mengadakan bantahan dan mengancam mengadakan perhimpunan lebih besar jika kemelut itu tidak diselesaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan