MALAYSIA KINI
Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor hari ini meluangkan masa meninjau keadaan di lobi bangunan sementara Parlimen yang menjadi lokasi petugas media mengikuti persidangan Dewan Rakyat.
Menteri diiringi beberapa pegawai sempat bermesra dengan beberapa petugas media dan bertanyakan keselesaan mereka dan sebarang kesulitan yang dihadapi ketika bertugas di bangunan tersebut.
Antara masalah yang dikemukakan kepada beliau adalah kekurangan tempat duduk, meja, plag sambungan elektrik dan mutu audio yang kurang memuaskan menyebabkan sukar petugas media mengikuti persidangan dewan.
Turut dibangkitkan adalah ruang sidang media yang agak sempit.
Shaziman kemudian mengarahkan pegawainya membantu petugas media menyediakan secepat mungkin apa-apa peralatan tambahan yang diperlukan.
"Kalau tidak selesa buat sidang media di sini, mungkin boleh juga buat di luar atau minta sahaja menteri ke lobi yang lama," beliau mencadangkan.
Turut meninjau keadaan para petugas media adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.
Dewan baru yang terletak di belakang bangunan Parlimen itu sebelum ini tempat kemudahan riadah, kini dijadikan bangunan utama untuk persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Pertukaran tempat persidangan itu berikutan kerja membaik pulih bangunan Parlimen.-- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan