MALAYSIA KINI
Satu laman portal akan diwujudkan bagi membolehkan orang ramai menyuarakan pendapat, cadangan dan kritikan membina kepada kerajaan tanpa perlu bimbang dikenakan tindakan undang-undang.
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata laman portal yang disasarkan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa itu, adalah satu inisiatif untuk menyediakan saluran khusus bagi kebebasan bersuara.
"Saluran ini berbeza dari laman web sedia ada di mana kami (kerajaan) akan berusaha memberi jawapan kepada persoalan yang ditujukan kepada pihak yang sepatutnya.
"Kesemua cadangan dan kritikan akan diambil kira, malah setiap aduan yang dikemukakan akan cuba kami selesaikan dalam tempoh seminggu," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
D'Cruz berkata bagi merealisasikan kewujudan laman portal itu, satu bancian akan diadakan dan orang ramai diminta menyertainya bagi menyatakan sokongan.
Katanya bancian yang bertajuk "should we have a channel (web portal) to express our opinion freely without fear?" boleh diakses melalui laman web www.mdcruz.my dan akan berlangsung selama sebulan bermula esok.
D'Cruz berharap melalui laman portal itu, idea-idea bernas yang dapat membela bangsa dan negara akan mendapat perhatian kerajaan untuk dipertimbangkan.
"Ia selari dengan dasar kerajaan di mana pembabitan aktif masyarakat serta pendapat rakyat terhadap hala tuju negara diambil kira dan segala dasar kerajaan sentiasa digubal mengikut keperluan semasa dan terhadap kebaikan rakyat.
"Saluran khas ini juga dapat digunakan orang ramai untuk memberi komen sekiranya mereka berpendapat perlunya diadakan perubahan terhadap dasar-dasar kerajaan," katanya.
D'Cruz turut melancarkan satu aplikasi di laman webnya, www.mdcruz.my, khusus bagi orang ramai, badan bukan kerajaan serta persatuan untuk berhubung dengan media dengan lebih mudah.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan