Khamis, 6 Oktober 2011

Kementerian mahu tindakan ke atas pelontar 'bom asap'

MALAYSIA KINI

Panel enam anggota Kementerian Kesihatan yang menyiasat insiden di hospital Tung Shin (HTS) menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya mengambil tindakan terhadap seorang anggota polis yang membaling bom asap ke dalam perkarangan Hospital Bersalin Cina (CMH) yang bersebelahan dengan HTS.

NONEPanel itu berkata tindakan yang sesuai mesti diambil terhadap
anggota polis yang membaling bom asap itu untuk memastikan insiden seperti itu tidak berulang.

Menurutnya, bom asap telah dibaling ke dalam perkarangan Hospital Bersalin Cina yang pentadbiran berasingan daripada Hospital Tung Shin, dan telah berhenti beroperasi sejak September 2006.

Hospital Bersalin Cina itu dijadual menjalani pengubahsuaian pada bulan Disember 2011.

NONEPanel itu juga membuat kesimpulan bahawa walaupun pihak polis
melepaskan tembakan meriam air ke dalam perkarangan hospital, tetapi dakwaan bahawa gas pemedih mata ditembak ke dalam perkarangan hospital itu adalah tidak benar.

Ekoran dakwaan bahawa pihak polis telah menggunakan senjata anti-rusuhan ke atas orang ramai yang mencari perlindungan di hospital tersebut semasa perhimpunan BERSIH pada 9 Julai, Kementerian Kesihatan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa peringkat tinggi untuk menyiasatnya.

'Operasi hospital tak terjejas'


Panel itu juga menyatakan bahawa tindakan polis itu tidak menyebabkan sebarang gangguan terhadap operasi dan pengurusan Hospital Tung Shin.

NONEMenurutnya, tidak ada sebarang aduan rasmi telah dibuat oleh
mana-mana pesakit, ataupun penjaga mereka ataupun pelawat, kepada pihak pengurusan HTS, mengenai sebarang kecederaan, kacau-ganggu ataupun trauma, ekoran insiden pada 9 Julai tersebut.

Bagaimanapun, panel itu berkata berlaku kerosakan pada pagar di sebelah tempat letak kereta Tung Shin disebabkan oleh penunjuk perasaan.

Panel itu bertemu tiga kali dan menemubual enam kakitangan Hospital Tung Shin dan seorang doktor sepanjang siasatan mereka.

Menurut terma rujukan panel itu ialah mengkaji kesan insiden tersebut terhadap keselamatan pesakit, kerosakan fizikal ke atas Hospial Tung Shin dan sama ada operasi hospital terganggu.

Berikutan pengumuman laporan Isnin lalu, Kementerian Dalam Negeri berkata anggota polis terbabit akan berdepan dengan siasatan tatatertib dalaman.

Tiada ulasan: