Isnin, 10 Oktober 2011

Belanjawan 2012 dibentang tanpa laporan Ketua Audit Negara – Anwar

Oleh: Ahmad Fadli

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 7 Oktober lalu dibentang tanpa meneliti laporan Ketua Audit Negara seperti yang biasa diamalkan sebelum ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan perkara itu ketika membahaskan belanjawan 2012 di parlimen hari ini.
Belanjawan itu yang menelan peruntukan sebanyak RM232.8 bilion juga menurut Anwar terlalu membazir kerana negara kini mengalami defisit perbelanjaan untuk 14 tahun berturut-turut.

Justeru beliau mencabar peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri dipotong dan Belanjawan 2012 dan perbelanjaan belanjawan diunjur semula kepada RM220 bilion sahaja seperti Belanjawan Kesejahteraan untuk Semua seperti dibentang Pakatan Rakyat 4 Oktober lalu.

Tiada ulasan: