Jumaat, 21 Oktober 2011

Bekas IGP Rahim Noor rasmi persidangan PERKASA

MALAYSIA KINI

Seramai 1,400 anggota perwakilan dari 99 bahagian Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) seluruh negara dijangka menghadiri Persidangan Agung Tahunan Kali Ke-2 pertubuhan itu, Rabu depan.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata seramai 3,000 pemerhati dijangka menghadiri persidangan sehari itu yang berlangsung di Dewan Centrum, Kompleks Centrum Taman Setiawangsa di ibunegara.

"Persidangan dirasmikan Tan Sri Rahim Noor (bekas Ketua Polis negara)... kita jemput untuk beri penghormatan kepada beliau yang banyak berjasa kepada negara," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.- Bernama

Tiada ulasan: